Bendera Malaysia JALUR GEMILANG
Bendera
negara Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang
sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir
dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam
persekutuan 13 buah negeri - Kedah, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan,
Johor, Perak, Terengganu, Perlis, Selangor, Melaka, Sarawak, Pulau
Pinang Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan
Labuan.
Bahagian
yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga
atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia.
Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama
rasmi Malaysia. Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan
Kerajaan Persekutuan. Warna Kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah
warna Di Raja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Jata Negara Malaysia
Lambang Malaysia menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan, manakala bintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Lima bilah keris itu tanda Negeri-negeri Melayu yang Tiada Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu).
Bahagian sebelah kiri perisai itu menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan dengan pokok Melaka itu Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu. Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna Pahang, merah dan kuning warna Selangor, hitam, putih dan kuning warna negeri Perak, merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan.
Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal. Tiga Bahagian di sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan. Di tengah-tengahnya ialah Bunya Raya - Bunga Kebangsaan. Harimau-harimau yang di tunjukkan sebagai penumpang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu digunakan dalam Lambang Malaysia,
Cogan - Bersekutu Bertambah Mutu - ditulis dengan tulisan rumi di sebelah kiri dan tulisan jawi di sebelah kanan. Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
Memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat, bendera hanya dikibarkan pada tempoh dan waktu yang tertentu sahaja untuk memupuk semangat kenegaraan supaya rakyat Malaysia berasa megah dan menghormati bendera mereka.
Latar Belakang Bendera Negeri Wilayah Persekutuan
BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
Bendera
ini mengandungi tiga jalur melintang yang sama lebar berwarna merah,
putih dan biru dengan bulan bintang pecah empat belas berwarna kuning
terletak di tengah bendera. Jalur-jalur merah, putih, biru dan bulan
bintang berwarna kuning yang melambangkan warna Bendera Malaysia membawa
makna Pulau Labuan adalah menjadi Wilayah Persekutuan di dalam
Persekutuan Malaysia. Bulan Bintang bermakna Agama Islam sebagai agama
rasmi dan bintang pecah empat belas menggambarkan negeri-negeri dan
Kerajaan Persekutuan bersatu dalam Persekutuan Malaysia.
- Merah : Melambangkan keberanian bermakna Pulau Labuan adalah menjadi Wilayah Persekutuan di dalam Persekutuan Malaysia.
- Putih : Melambangkan kesucian, keikhlasan dan kesungguhan dalam mempertingkatkan katahanan rakyat yang beradab, berkebudayaan dan berkeperibadian Malaysia.
- Biru : Melambangkan perpaduan rakyat berbilang kaum, hidup bersatu, aman makmur hormati serta berusaha untuk memajukan pembangunan ekonomi yang berasaskan sains dan teknologi.
- Kuning : Melambangkan kedaulatan Raja Berperlembagaan serta mendokong dan menghormati lunas-lunas perlembagaan dan falsafah Rukun Negara.
- Bulan Bintang : Bulan bintang berwarna kuning yang menjadi lambang keIslaman dan Kedaulatan Raja Berperlembagaan yang terletak di tengah-tengah dan mencakupi ketiga-tiga jalur (merah, putih, biru) menampakkan kestabilan dan kekuatan di dalam menyatukan lambang-lambang keberanian, kesucian dan perpaduan.
BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
Bendera
baru bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya adalah berasaskan dua (2) warna
utama iaitu biru dan kuning.Warna biru melambangkan keharmonian dan
perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa.Manakala warna kuning
bendera adalah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja
Melayu.Logo Persekutuan melambangkan Wilayah Persekutuan Putrajaya
menjadi tonggak pentadbiran negara yang baru dengan kekuatan dan
semangat yang utuh dalam mengharungi era globalisasi dan matlamat
menjadikan Malaysia sebuah negara maju.
BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Bendera
ini berteraskan bendera kebangsaan yang berjalur putih dan merah. Warna
biru tua bersama bintang serta bulan sabit berwarna kuning. Unsur-unsur
ini tidak dapat dipisahkan memandangkan Kuala Lumpur adalah Ibu Negara
Malaysia dan juga Wilayah Persekutuan.14
jalur merah dan putih (melintang) menandakan keanggotaan 13 buah negeri
di Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terletak di bawah
pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Bulan sabit dan bintang melambangkan
Agama Islam sebagai agama rasmi. Bintang berbucu 14 melambangkan 13 buah
negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang bertindak
sebagai Pusat Kerajaan dan pentadbiran.
- Warna biru tua di bahagian tengah melambangkan perpaduan wargakota Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berbilang kaum.
- Warna merah melambangkan keberanian, kegagahan sebuah bandaraya dalam menghadapi cabaran ke arah pembangunan bandaraya kosmopolitan yang dinamik dan berprogresif.
- Warna kuning melambangkan kedaulatan dan kemakmuran Kuala Lumpur.
- Warna putih melambangkan keluhuran, kebersihan dan keindahan bandaraya dalam taman bercahaya
Latar Belakang Bendera dan Lambang Negeri-Negeri Malaysia
BENDERA NEGERI SABAH
Bendera
Negeri Sabah berbentuk empat persegi bujur pada kada 1 : 2. Petak utama
dalam bendera ini luasnya separuh bendera dan buka lebarnya 2/3
bendera. Petak ini berwarna biru salji sebagai latar belakang kepada
bentuk Gunung Kinabalu berwarna nilakandi yang berada dalam kedudukan
1/4 dari sempadan atas dan sempadan bawah petak utama. Bahagian lain
dalam bendera ini terbahagi kepada tiga jalur warna melintang yang mana
jalur yang paling bawah memenuhi kaki bendera. Jalur paling atas
berwarna biru zirkon, jalur tengah berwarna putih dan jalur bawah
berwarna merah cili.Warna
biru zirkon melambangkan keamanan dan ketenteraman, putih melambangkan
kemurnian dan keadilan, manakala merah cili melambangkan keberanian dan
keyakinan. Warna biru salji melambangkan perpaduan dan kemakmuran
sementara warna nilakandi melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.Lima
jenis warna itu melambangkan lima buah Bahagian Pentadbiran Negeri ini
dan bentuk Gunung Kinabalu melambangkan Negeri Sabah.
LAMBANG NEGERI SABAH
Lambang
Negeri Sabah terdiri dari dua bahagian iaitu atas yang berupa dua
lengan berwarna kuning sedang menjulang Bendera Negeri yang terletak di
atas satu susunan lima warna Negeri iaitu biru zirkon, merah cili,
putih, biru salji dan nilakandi. Di bawahnya iaitu tubuh utama lambang
ini yang berbentuk sebuah perisai. Bahagian atas perisai ini tersusun
tiga warna Negeri iaitu biru zirkon, putih dan merah cili dalam bentuk
V. Bahagian bawah perisai ini terdapat bentuk Gunung Kinabalu berwarna
nilakandi yang berlatarbelakangkan warna biru salji. Perisai itu
dipangku oleh sehelai skrol berwarna merah yang tertulis dengan
cogankata negeri Sabah "Sabah Maju Jaya" berwarna putih.Dua
lengan yang menjulang Bendera Negeri itu melambangkan perpaduan dan
kerjasama di kalangan masyarakat berbagai kaum di negeri ini ke arah
kemajuan dan kejayaan.Lima
warna yang tersusun itu bermakna lima buah Bahagian Pentadbiran Negeri
Sabah. Warna biru zirkon melambangkan keamanan dan ketenteraman, warna
putih melambangkan kemurnian dan keadilan. Merah cili melambangkan
keberanian dan keyakinan. Biru Salji melambangkan perpaduan dan
kemakmuran sementara nilakandi melambangkan kekuatan dan semangat
kerjasama.Bentuk Gunung Kinabalu melambangkan Negeri Sabah.
Warna
merah melambangkan keberanian, kesungguhan dan pengorbanan rakyat dalam
daya usaha mereka yang berterusan untuk mengejar serta mempertahankan
kemajuan dan ketinggian maruah dalam proses membina Sarawak sebagai
negeri contoh.Warna
kuning menggambarkan keagungan Perundangan dan Peraturan (Order),
perpaduan serta stabiliti dalam masyarakat yang berbilang kaum.Warna
hitam melambangkan kekayaan sumber asli Sarawak seperti minyak mentah,
balak dan sebagainya yang merupakan landasan bagi memajukan rakyatnya.Bintang yang berwarna kuning bermuncung sembilan melambangkan sembilan bahagian di mana rakyatnya tinggal di dalam harmonis.Simbol
bintang juga merupakan cita-cita tinggi rakyat kita dan hasrat
perjuangan kita untuk meninggikan mutu kehidupan selepas merdeka.
LAMBANG NEGERI SARAWAK
Lambang
negeri menjunjungkan kemegahan "Bumi Kenyalang: terbang tinggi dengan
aspirasi dan pencapaian dalam semua lapangan daya usaha, berpandukan
ideologi "politik pembangunan". Lencana negeri ini juga boleh membezakan
keunggulan Sarawak daripada negeri-negeri lain di dunia.
BENDERA NEGERI TERENGGANU
Latar
belakang berwarna putih maksudnya D.Y.M.M. Sultan. Ia melingkungi tanah
hitamyang bermakna rakyat - oleh itu bermakna Sultan adalah memberi
perlindungan kepada seluruh rakyat baginda. Anak bulan dan bintang tanda
Agama Islam, agama negeri.
LAMBANG NEGERI TERENGGANU
Bulan bintang menunjukkan negeri Islam. Mahkota menandakan pemerintahan
Di Raja. Pedang, Keris Panjang dan Cokmar pula merupakan Alat Kebesaran
Negeri. Manakala di sebelah kanannya ialah Quran melambangkan
Undang-undang. Buku Undang-undang di sebelah kiri pula melambangkan
keadilan. Wali/Selampai melambangkan Alat-alat Istiadat Kebesaran.
BENDERA NEGERI SELANGOR
Empat
bahagian yangberwarna kuning dan merah itu maksudnya daging dan darah
iaitu unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga kepada negeri
ini. Bulan bintang pula ialah sebagai Agama Islam, iaitu agama rasmi
negeri dan kesucian Agama Islam ditunjukkan dengan warna putih.
LAMBANG NEGERI SELANGOR
Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri. Tombak merah
di tengah-tengah ialah Sambu-warna. Di sebelah kanan ialah Keris Pendek
dan di Kiri pula Keris Panjang. Ketiga-tiganya adalah Alat Kebesaran
Negeri. Tulisan Jawi yang berbunyi "Dipelihara Allah" ialah cogan
negeri. Di bawah cogan pula ialah tali bengkong yang dipakai sebagai
iakt pinggang oleh pahlawan-pahlawan zaman dahulu.
BENDERA PULAU PINANG
Warna biru muda maksudnya warna laut yang indah di sekeliling pulau
itu. Warna putih maksudnya negeri Pulau Pinang yang aman damai. Warna
kuning tanda kemakmuran. Pohon pinang ialh pohon dari mana pulau itu
mendapat namanya.
LAMBANG NEGERI PULAU PINANG
Pohon
pinang ialah tanda asal nama pulau itu. Petak yang berwarna kuning
mengandungi gambar Jambatan Besar Pulau Pinang yang mempunyai dua (2)
tiang dan empat (4) kabel yang menegakkan tiang tersebut. Dua (2) tiang
ini melambangkan Serampang Dua Mata di dalam Dasar Ekonomi Baru iaitu
pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Empat (4) kabel
pula menggambarkan empat (4) jenis keturunan di negeri ini iaitu Melayu,
Cina, India dan lain-lain.Jalur-jalur
biru dan putih yang menjadi simbol lautan berjumlah lima (5) tiap-tiap
satu warna yang memberi makna simbol lima prinsip Rukunegara dan lima
daerah pentadbiran yang terdapat di Pulau Pinang.
BENDERA NEGERI PERLIS
Warna
kuning maksudnya D.Y.M.M. Raja. Warna biru maksudnya rakyat. Bendera
itu maknanya kerjasama yang erat di antara Raja dengan Rakyat baginda.
LAMBANG NEGERI PERLIS
Lengkaran
padi itu maksudnya pekerjaan utama dan hasil utama negeri iaitu padi.
Perisai tanda kebanggaan negeri itu kerana kekayaan hasil padinya.
BENDERA NEGERI SEMBILAN
Tanah
kuning itu maksudnya D.Y.M.M. Raja. Bahagian tiga segi yang berwarna
merah bermakna rakyat. Sementara bahagian tiga segi yang berwarna hitam
maksudnya Datuk-datuk Undang bagi Luak-luak yang menjadi
bahagian-bahagian negeri ini.
LAMBANG NEGERI SEMBILAN
Sembilan
tangkai padi di dalam perisai itu maksudnya sembilan buah negeri dalam
Gabungan Negeri Sembilan yang lama. Warna merah dalam perisai
menunjukkan hubungan-hubungan pada masa yang lalu dengan British. Warna
hitam maksudnya Datuk-datuk Undang. Warna kuning maknanya Yang Di
Pertuan Besar. Bintang Pecah Sembilan itu adalah juga menunjukkan
sembilan buah negeri dalam gabungan lama. Pedang dan sarungannya di atas
perisai itu tanda keadilan. Di tengah-tengah antara pedang dan sarung
ialah "Changgai Putri" tanda Kebesaran Yang Di Pertuan Besar.
BENDERA NEGERI MELAKA
Warna-warna merah, putih, kuning dan biru adalah warna-warna Bendera
Persekutuan dan menunjukkan bahawa Melaka ialah sebuah negeri dalam
Persekutuan, sementara anak bulan dan bintang pecah lima itu pula ialah
tanda Agama Islam, agama negeri dan Malaysia.
LAMBANG NEGERI MELAKA
Warna
merah, putih, kuning dan biru maknanya Melaka sebuah negeri dalam
Malaysia. Lima bilah keris maksudnya lima orang pahlawan termasyhur di
Melaka pada zaman dahulu. Anak bulan dan bintang pecah lima tanda Agama
Islam, agama rasmi negeri. Pokok Melaka ialah pohon dari mana negeri itu
mendapat namanya. Dua ekor pelandok yang memegang perisai ialah untuk
memperingati riwayat tua iaitu pelandoklah yang telah menyebabkan Raja
Melaka yang pertama mengambil keputusan untuk menetap dalam negeri ini
dan membukanya.
BENDERA NEGERI KELANTAN
Latar
belakang berwarna merah maksudnya kejujuran penduduk, rakyat Raja.
Lambang kebesaran berwarna putih itu tanda kesucian Raja negeri ini.
LAMBANG NEGERI KELANTAN
Mahkota
itu tanda Kedaulatan Sultan. Dua tombak dan dua keris maksudnya
kekuatan orang-orang Melayu Kelantan. Anak bulan dan bintang adalah
tanda Islam. Dua pucuk meriam maknanya bahawa negeri ini adalah sentiasa
sedia untuk mempertahankan dirinya. Dua ekor kijang mengingatkan
kembali kepada sejarah tua negeri ini tatkala Che' Wan Kembang (atau
Che' Siti) Permaisuri Kelantan (kira-kira pada akhir kurun yang ke 14)
yang kerana terlalu kasih kepada kijang kesayangannya, telah
memerintahkan wang emas dicap dengan gambar binatang itu.
"BERSERAH KEPADA TUHAN KERAJAAN KELANTAN" ialah cogankata negeri ini.
BENDERA NEGERI PAHANG
Bendera negeri Pahang Darul Makmur mengandungi dua warna iaitu putih di atas dan hitam di bawah. Kedua-duanya sama lebar.Hitam
adalah warna kebesaran Bendahara melambangkan bahawa pada suatu ketika
dahulu pemerintahan di negeri Pahang adalah seorang yang bertaraf
Bendahara.Putih
adalah melambangkan Raja. Tambahan warna putih di atas hitam ini
membawa makna bahawa negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai
kedaulatan sendiri dan pemerintahan Beraja. Ini juga membawa erti bahawa
negeri ini ada mempunyai keistimewaan-keistimewaan, undang-undang, adat
istiadat, adat resam, tata susila serta kuasa-kuasa yang tertentu yang
ada pada Raja sebagai negeri beraja dan berdaulat.
LAMBANG NEGERI PAHANG
Mata
cogan berbentuk daun kopi itu semuanya diperbuat daripada emas termasuk
penongkok dan taran.Tujuan dipilih logam emas itu ialah melambangkan
bahawa dalam tahun 1862 emas merupakan hasil masyur yang utama di Negeri
Pahang.Keduanya tiada kebal yang boleh menahan senjata yang diperbuat
dari emas.Gading yang bersilang dibawah daun kopi itu melambangkan
bahawa ketika itu gading gajah terdapat dengan banyaknya serata negeri
Pahang sehingga ia menjadi satu perdagangan yang besar.Kalimah " Ya La
Tif " bermaksud yang lemah lembut.Simboliknya pemerintah tidak
menggunakan kekerasan." Ya La Tif " juga dijadikan azimat yang berguna.
BENDERA NEGERI PERAK
Bendera
negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi tiga warna berjalur putih,
kuning dan hitam. Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya.Warna putih
melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak
Darul Ridzuan.Warna kuning melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat
Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan.Warna hitam melambangkan kebesaran
Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan.
LAMBANG NEGERI PERAK
Lambang Negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi Jata Ke Bawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Jata ini dilingkungi
dengan bulan sabit yang mengandungi bunga padi.Jata melambangkan
Kedaulatan Raja Pemerintah.Bulan Sabit menandakan Agama Islam sebagai
agama rasmi.Bunga padi menggambarkan sumber perusahaan rakyat dan
kesuburan negeri.
BENDERA NEGERI KEDAH
| ||
LAMBANG NEGERI KEDAH
Lengkaran itu maksudnya padi, tanaman utama negeri ini. Anak bulan tanda Agama Islam. Perisai pula tanda kekuasaan.
BENDERA NEGERI JOHOR
Anak
bulan dan bintang yang berwarna putih itu menandakan Raja yang
berdaulat. Bahagian yang berwarna merah bermakna hulubalang yang
mempertahankan negeri. Bahagian yang berwarna biru tua itu pula
maksudnya Kerajaan Negeri.
Mahkota
tanda D.Y.M.M. Raja Empat Bintang di sudut Perisai Putih itu menandakan
Empat Buah Jajahan besar asal negeri itu, iaitu Johor Bahru, Muar, Batu
Pahat dan Endau; sementara Bintang dan Anak Bulan di tengah pula, tanda
Agama Islam. Dua ekor Harimau yang memegang perisai itu mengingatkan
kepada binatang-binatang buas yang pada suatu masa dahulu merayau-rayau
di negeri ini. Lukisan yang berbunga-bunga di sebelah bawah perisai
maksudnya Gambir dan Lada Hitam, dua jenis hasil utama yang asal bagi
negeri ini.
"KEPADA ALLAH BERSERAH" ialah cogan negeri itu.
No comments:
Post a Comment